Resepi Jjajangmyeon : Mee Hitam Korea (5 hidangan)

Apa Yang Korang Nak Tau Tentang Jjajang Instant Paste?

June 1, 2017

Hidangan : 5

Anggaran masa persiapan : 15 minit

Anggaran masa masak : 15 minit

 

Bahan-Bahan

Mee Lidi

Telur 5 Biji

Salad

 

Bahan-bahan Kuah

Sedikit minyak

250 g JJAJANG INSTANT PASTE

300ml air

4 ulas Bawang Putih.

1 inci Halia

1 batang Timun Jepun

1 bij Kentang

1 biji Carrot

1 biji Bawang

1 biji tomato

2 biji cil merah

200g daging

3 sudu tepung ubi

 

  1. Tumis 4 ulas bawang putih dan seinci halia.
  2. Potong dadu 1/2 timun jepun, sebiji kentang, carrot, bawang Holland , tomato dan 2 biji Masukkan sayur yang dipotong dadu ke dalam kuali. Goreng sampai layu bersama bawang putih dan halia.
  3. Masukkan 200g daging / ayam (optional) , 300 ml air dan 250 ml (setengah botol) JJAJANG INSTANT PASTE.
  4. Biarkan menggelegak selama 10 minit dan tutup kuali. Masak sehingga semua bahan empuk.
  5. Bancuh 3 sudu tepung ubi/tepung jagung + 100 ml air dan masukkan ke dalam kuah yang menggelegak Kacau sehingga likat dan kuah hitam berkilat.

Tahap kepekatan: Pekat tidak berkuah.

  • Sedia dihidang bersama mee / spaghetti/nasi. Gunakan Mee Lidi untuk rasa yang lebih sedap.

Cadangan hidangan : Tambah telur goreng dan salad.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *