Apa Yang Korang Nak Tau Tentang Jjajang Instant Paste?

JJAJANGMYEON : Rahsia Mee Hitam Korea

June 1, 2017

Resepi Jjajangmyeon : Mee Hitam Korea (5 hidangan)

June 1, 2017
  1. Jjajangmyeon ni apa sebenarnya?

Jjajangmyeon ni adalah hidangan MEE KEGEMARAN orang Korea. Jjajangmyeon bermaksud MEE KACANG HITAM. Mee bersalut kuah pekat berwarna hitam. Di Korea JJAJANGMYEON kebanyakannya tidak halal kerana proses pembuatannya ada melibatkan alkohol dan menggunakan daging khinzir.

  1. Jadi yang Fara jual ni PASTE je ke? Mee tak jual sekali?

Yup. Fara hanya menjual JJAJANG INSTANT PASTE sahaja. Bahan mentah seperti sayuran, perencah (ayam, daging, seafood) serta mee sis perlu sediakan sendiri. Tapi yang BESTNYA, sis hanya guna PASTE ini sahaja! tidak perlu tambah sos lain lagi. Even garam dan gula pon tak payah tau.

  1. Dijamin Halal ke?

Produk ini belum mendapat sijil HALAL kerana kami masih beroperasi secara homebase. Walaubagaimanapun, segala ramuan mempunyai logo HALAL dari JAKIM dan logo HALAL KOREA yang diiktiraf JAKIM. Proses pembuatannya adalah THOYYIBAN. Fara sebagai pengeluar produk ini bertanggungjawab sepenuhnya dengan pemilihan ramuan dan kebersihan semasa proses.

  1. Berapa kuantitinya?

Kuantitinya adalah 500g. Boleh buat hingga 10 hidangan jika sis mengikut resepi yang disediakan.

  1. Macama mana cara nak masaknya? Ada bagi resepi ke?

Fara selitkan resepi dan cara memasaknya di dalam parcel ye. Just ikut je resepi , InsyaAllah confirm jadi.

  1. Apa rasa nya? Sedap ke? Sama ke macam versi Korea?

Kalau tanya Fara, of course lah sedap. Hehehe. Rasanya macam mee kicap dan ada rasa lebih kurang macam kuah yong tau foo. Tahap kepedasannya adalah sederhana kerana pedas datang dari blackpepper. Budak-budak pon suka dengan rasa JJajangmyeon. Jjajang Instant Paste ini telah di fusionkan dari resepi asal supaya bersesuaian dengan citarasa Malaysia.

  1. Mee apa yang sesuai untuk digunakan? Mee Kuning? Spaghetti boleh ke?

Sebenrnya, mee apa-apa yang sis suka pon boleh. Tapi , untuk rasa yang ala-ala mee di Korea sis boleh cari Mee lidi >>> bit.ly/meelidi

  1. Berapa lama JJAJANG INSTANT PASTE ni boleh tahan?

2 bulan jika disimpan di suhu bilik. Selepas dibuka , sebulan boleh disimpan disuhu bilik. Jangan terkena direct sunlight dan gunakan sudu yang bersih setiap kali ambil. Simpan di dalam peti ais lebih baik dan boleh bertahan lebih 3 bulan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *