MariMogo merupakan sebuah syarikat Bumiputera yang di miliki seorang anak muda yang bercita-cita tinggi untuk menjadi usahawan berjaya. Jenama MariMogo bernaung di bawah syarikat Faradigma Holdings Sdn Bhd (1243286-T) bermula akhir 2016 dan dimiliki sepenuhnya oleh Farah Nabila. Empayar MariMogo memulakan langkah pertamanya dengan membuka 'kitchen' di Kuala Selangor.

'Mogo' dalam bahasa Korea bermaksud makan. Apabila digabungkan dengan perkataan 'Mari' dalam bahasa Melayu ianya membawa maksud kami menjemput anda makan. Gabungan perkataan Korea dan Malaysia dalam jenama MariMogo juga signifikan dengan tagline jenama iaitu "Korean Food Malaysian Style". Di mana keunikan produk bukanlah dengan menyajikan makanan asli Korea tetapi makanan Korea yang telah difusionkan mengikut citarasa tempatan.

MariMogo lahir dari cetusan idea seorang anak muda yang sukakan 'travel' dan memasak. Bermula dari hanya suka menonton drama Korea dan rancangan Korea membawa Fara untuk melihat sendiri keindahan negara Korea yang menjadi bualan ramai. Selain keindahan alam dan keunikan budaya, makanan Korea yang sedap-sedap membuatkan Fara jatuh cinta dengan lebih lagi.

Fara mula berjinak-jinak dengan belajar masakan Korea melalui youtube sebagai hobi baru. Masakannya mula mendapat sambutan di kalangan rakan-rakan. Atas 'high demand' dari rakan-rakan terhadap makanan Korea yang Halal, Fara mula merekacipta makanan Korea bercitarasakan Malaysia.

Berbekalkan kelulusan Sarjana Muda Teknologi Makanan dan Bioproses dari Universiti Malaysia Sabah, Fara mula serius dalam 'R&D' makanan Korea untuk mengahasilkan produk yang berkualiti dan kena dengan citarasa rakyat Malaysia. Langkahnya tepat kerana makanan Korea fusion ini mendapat sambutan hangat dalam pasaran.